LATAR BELAKANG SYARIKAT

Syarikat FAIREEZAN ENTERPRISE (MA 0144019-H) telah ditubuhkan pada 31hb Disember 2009 dengan pengalaman khusus. Syarikat ini ditubuhkan pada malam tahun baru 2010 kerana kami menganggap 2010 memberi nafas baru kepada semua lapisan masyarakat.

Sebelum ini, kami hanya menjalankan perniagaan dirumah sahaja secara sambilan. Sepenuh masa pula bekerja di sebuah syarikat pembekal yang besar sebagai Pengurus Pemasaran cawangan di Melaka. Dengan pengalaman khusus dan rezeki yang telah dikurniakan Ilahi, kami membuat keputusan untuk menjalankan perniagaan sendiri sepenuh masa bersama keluarga.

Konsep yang dijalankan FAIREEZAN ENTERPRISE adalah berkonsepkan “KELUARGA DAN SAHABAT” dimana pelanggan kami juga adalah seperti kami, kerana kami tidak mengenakan harga jualan yang tinggi kepada pelanggan dan akan memberikan perkhidmatan sebaik mungkin .

Walaupun masih terlalu baru, syarikat ini telah dapat memberi persaingan dengan syarikat yang telah lama bertapak di dalam bidang kerja yang agak mencabar ini.

Dengan itu, banyak strategi yang telah diambil bagi mempelbagaikan aktiviti-aktiviti perniagaan termasuklah pembekalan pakaian sukan, cenderamata dan alatan memanah bagi sesebuah agensi, seperti pembekalan di IPTA mahupun di IPTS.


JUALAN PADA SUKMA 2010 MELAKA 9-19JUN 2010

Sepanjang SUKMA MELAKA 2010 , FAIREEZAN ENTERPRISE telah mengambil bahagian dalam jualan sepanjang SUKAN MALAYSIA dijalankan. Lokasi perniagaan BOOTHS itu dijalankan di MIBC bowling centre di MITC Ayer Keroh Melaka. Bermula dari 9-19 JUN 2010 perniagaan telah dijalankan pada hari itu. Jualan pada hari itu cukup memberansangkan kerana ramai pengunjung dari dalam mahupun luar Melaka. Mereka cukup tertarik dengan produk kami iaitu MUG PRINTING yang telah menjadikan tarikan kepada pengunjung di situ. Tidak juga ketinggalan “harimau” yang berada di situ sebagai penarik pengunjung untuk mengambil gambar kenang-kenangan.


1ST REUNION SKJDP BATCH 2001

Pada 20Jun 2010, FAIREEZAN ENTERPRISE telah berjaya melakukan sesuatu yang amat diingati untuk selamanya iaitu 1ST REUNION SKJDP BATCH 2001. Terima kasih kami ucapkan kepada rakan-rakan yang membantu menjayakan 1st REUNION SKJDP BATCH 2001. Antara yang menjayakan adalah ahmed asyraf, Yatimi, Sidek, Mazril, Amir, dan juga rakan-rakan yang lain. Semasa Reunion itu, kami dapat mengumpulkan seramai hampir 40 orang rakan-rakan yang tidak bertemu selama hampir 10tahun. Lokasi Reunion adalah di Pantai Puteri Melaka kerana di situ tempatnya sesuai untuk semua golongan masyarakat. Pada hari itu kami semua berasa seperti tidak percaya dapat berjumpa kembali rakan-rakan lama yang telah terpisah selama hampir 10tahun lamanya. Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengasas FACEBOOK kerana mengembalikan nostalgia dan kenangan kepada kami semua.


FUTSAL JOGA B TEAM

Pasukan Futsal JOGA mempunyai 2 pasukan iaitu JOGA A dan JOGA B. Pasukan yang ditaja oleh FAIREEZAN ENTERPRISE adalah pasukan Futsal JOGA B yang terdiri 8 orang 1 pasukan dan diketuai oleh salah seorang staf FAIREEZAN ENTERPRISE iaitu YATIMI ZAINAL. Di dalam pasukan tersebut Yatimi bertindak sebagai penjaga gol. Dalam perlawanan mereka pada hari itu, mereka bermain berhempas pulas untuk mencapai sesuatu yang membanggakan. “Trademark” mereka dalam pasukan adalah “just do it & simply the best” telah memberikan mereka semangat yang membara untuk melakukan sesuatu dalam permainan mereka. Bagi saya, pasukan JOGA B tidak kurang hebatnya. Mereka seakan bermain seperti sudah lama berkecimpung dalam sukan futsal.

No posts.
No posts.